Tuesday, October 1, 2013

My Story.....From Perlis to PWTC

Posted by faizah at 10:01 PM 0 comments
Alhamdulillah sekarang saya berasa bersemangat . Saya merasakan perubahan disekeliling saya apabila saya percayakan 'The Power of Syukur and 'The Power Of Sharing'.

Sebelum ini saya sering buntu,bagaimana saya nak meneruskan perniagaan yang saya ada ini. Saya bermula dengan perniagaan tudung dan baju kurung.Perniagaan ini terhenti separuh jalan. Kemudian apabila saya dapat berpindah ke Perlis semula dari Petaling Jaya , saya memulakan perniagaan home bakery,pendapatan boleh la tahan masa itu. cukup- cukup makan meringankan beban suami ketika itu gaji hanya cukup untuk kami bayar kereta dan makan kami,masa itu kami tinggal di rumah mak mentua saya.

saya mempelajari pelbagai kemahiran untuk menaikkan lagi pendapatan kami, kemudian kami mencuba perniagaan yang baru pula iaitu Tuisyen yang merupakan passion saya,pendapatan kami setelah ditolak gaji guru-guru dan sewa kedai serta bil utiliti tidak memberangsangkan. namun Alhamdulillah hati saya terbuka untuk mencari ilmu baru untuk setiap perniagaan kami ini.

Saya serahkan perniagaan tudung dan baju kurung saya kepada adik saya yang ke tiga kerana dia berminat menjalankan perniagaan tudung muslimah dan menepati syariat jadi saat itu saya pun menghadiahkan kepada adik saya Fatini sebuah fan page yang ada 120 orang follower dan menukar jenama.

perniagaan home bakery saya hentikan seketika kerana saya berasa sangat tidak bersemangat dan down.

saya meneruskan perniagaan pusat tuisyen kami namun kami sudah memerah otak bagaimana nak mengatasi masalah kekurangan murid pada setiap bulan. sudah dicuba iklankan kelas persediaan peperiksaan namun tidak mendapat sambutan.

Akhirnnya, setelah terlalu buntu....hadir sebuah seminar di Alor Setar yang membuka sinar baru dalam kehidupan dan perniagaan saya.Alhamdulillah.....perjalanan dari Perlis ke PWTC pun bermula....


To be Continue......

sila klik link ini http://faizahsabi.blogspot.com/

Followers

FAIEYT COKLAT HOMEMADE Headline Animator

 

FAIZAH SWEET BAKERY Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal